BANI Construction Logo
BANI Construction
Online
Hi! đź‘‹
Selamat datang ke BANI Construction, ada apa-apa yang boleh saya bantu?

Syarikat Bumiputera

Tentang bani Construction

Kami adalah kontraktor bertauliah dengan kepakaran dalam pengubahsuaian, pembinaan, dan perkhidmatan khusus. Dengan pasukan yang profesional, kami komited untuk memberikan hasil kerja yang pantas dan berkualiti.

BANI Construction

Kisah Kami

BANI Construction ditubuhkan atas satu prinsip yang mudah: untuk menjadi rakan kongsi pembinaan yang boleh dipercayai oleh setiap pemilik rumah dan perniagaan. Sejarah kami bermula pada tahun 2017, di mana pada awalnya kami memfokuskan kepakaran dalam bidang lanskap dan pemasangan rumput tiruan di seluruh selatan Malaysia. Melihat kepada permintaan dan kepercayaan pelanggan, serta didorong oleh minat yang mendalam dalam industri pembinaan, kami bertekad untuk berkembang. Dari sebuah syarikat spesialis lanskap, kami bangunkan BANI Construction menjadi sebuah penyedia perkhidmatan pembinaan yang komprehensif. Kini, kami berbangga dapat menawarkan pelbagai kepakaran—dari kerja-kerja asas seperti pembinaan tembok dan lantai, sehinggalah sentuhan kemasan dalaman seperti pemasangan wainscoting dan kerja mengecat yang teliti. Setiap projek yang kami jayakan mengukuhkan lagi komitmen kami untuk memberikan hasil kerja berkualiti yang anda boleh harapkan.

VISI KAMI

 

Untuk menjadi syarikat kontraktor pilihan utama yang dikenali dengan hasil kerja berkualiti tinggi, perkhidmatan yang telus, dan kebolehpercayaan di Semenanjung Malaysia.

 

MISI KAMI

 

  • Menyediakan Kepakaran Menyeluruh: Menawarkan pelbagai perkhidmatan pembinaan di bawah satu bumbung untuk memudahkan setiap peringkat projek pelanggan kami.
  • Mengutamakan Kualiti & Ketahanan: Memastikan setiap projek menggunakan bahan binaan yang berkualiti dan dilaksanakan oleh tenaga kerja mahir untuk hasil yang tahan lama.
  • Memberi Harga yang Telus & Berpatutan: Menyediakan sebut harga yang jelas dan terperinci dengan kos yang standard dan kompetitif tanpa menjejaskan kualiti.
  • Menjamin Kepuasan Pelanggan: Menjadikan kepuasan setiap pelanggan sebagai polisi utama syarikat melalui komunikasi yang baik dan hasil kerja yang melebihi jangkaan.
  • Melaksanakan Projek dengan Cekap: Memastikan setiap kerja disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan melalui pengurusan projek yang cekap dan pasukan yang terlatih.

Kontraktor Bertauliah

BANI Construction adalah sebuah servis kontraktor bertauliah yang berpengalaman dalam bidang pembinaan dan baik pulih.

01

Pasukan Profesional & Mahir

Kami mempunyai tenaga kerja mahir yang profesional dalam bidang masing-masing. Kepuasan anda adalah polisi utama kami, anda pasti berpuas hati dengan hasil kerja kami.

02

Kerja Pantas & Berkualiti

Dengan pekerja yang mahir dan terlatih, kami memastikan setiap projek disiapkan dengan pantas tanpa mengabaikan aspek kualiti.

03

Harga Berpatutan & Jimat

Kami menawarkan harga yang ``standard`` dan berpatutan. Anda boleh menghubungi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kos perkhidmatan.

04

Sebut Harga Percuma

Kami menawarkan lawatan tapak dan akan memberikan sebut harga secara PERCUMA. Ini membolehkan anda merancang bajet anda tanpa sebarang komitmen awal.

05

Pelbagai Servis

Kami menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan di bawah satu bumbung, termasuk ubah suai rumah, landskap, kerja kayu, mengecat, wiring, dan juga servis penyaman udara.

06
Servis Kami

Dapatkan Sebut Harga PERCUMA!

Rakan Kongsi

Logo BANI Construction

Kami adalah kontraktor bertauliah anda di Johor Bahru & Melaka, pakar dalam pelbagai perkhidmatan pembinaan termasuk lanskap, imprint concrete, decking, bina tembok, wainscoting, dan kerja-kerja ubah suai. Kami komited untuk memberikan hasil kerja berkualiti tinggi.

HUBUNGI KAMI


Isnin – Sabtu: 9:00 Pagi – 6:00 Petang

No 02-01, Kompleks Rekreasi & Komuniti Taman Ungku Tun Aminah 81300 Skudai Johor

+6011-5766 6868